Ibnu
Abbas memberitakan : bahawasanya permulaan Jumaat yang di laksanakan sesudah
dilaksanakan Jumaat di masjid Nabi s.a.w. ialah di masjid Abdul Qais , di suatu
desa dalam negeri Bahrain , namanya Juasa.
(Riwayat
Bukhari)
Jabir
memberitakan : Bahawasanya Nabi s.a.w. adalah berkhutbah berdiri di kala anggota-anggota
Jumaat bubar yang datang dari Syam sebelum selesai Jumaat , bilangan yang
tinggal beserta Nabi s.a.w. itu hanya 12 orang .
(Riwayat
Muslim)
Jabir memberitakan : Telah berlaku
kepada ‘Sunnah’ bahawa di dalam tiap-tiap empat puluh ke atas adalah Jumaat .
(Riwayat
Daraqutni dengan sanad yang lemah)
Hadith
pertama menyatakan bahawa permulaan Jumaat didirikan sesudah didirikan di
masjid Rasul (madinah) , ialah di masjid abdul-Qais , di perkampungan Juasa di
daerah Bahrain . Ini menyatakan keharusan mendirikan Jumaat di desa-desa kerana
mengingat bahawa Abdul Qais itu tidak mahu mengadakan Jumaat jika tidak dengan
perintah Nazbi s.a.w.
Hadith
kedua menyatakan bahawa disyariatkan kita berkhutbah berdiri , juga menerangkan
bahawa tidak disyaratkan bilangan yang tertentu lantas boleh mengerjakan kurang
dari 40 orang .
Hadith
ketiga menyatakan bahawa sah mengerjakan Jumaat dengan 40 orang atau lebih
daripada itu . Hadith ini dhaif , ada yang mengatakan mungkar .
PENDAPAT PARA FUQAHA
Para
ulama berselisihan tentang bilangan bagi mencukupi jamaah Jumaat . Asy-Syafie
dan Ahmad bin Hambal dalam satu riwayat berpendapat , bahawa Jumaat itu tidak
sah kalau kurang dari 40 orang bilangan jamaahnya . Mereka berdalil bahawa Nabi
tidak ada mengerjakan Jumaat dengan kurang daripada 40 orang . Kata Al-Hafidz
Ibnu Hajar dalam ‘Fathul Bari’ , mengenai sembahyang Jumaat ini , para ulama
mempunyai 15 pendapat :
1)Abu Hanifah : Sah dengan 3 orang
beserta imam .
2)Malik : Sah dengan 20 orang .
3)Malik
: (menurut satu riwayat yang lain) Sah dengan 30 orang
4)Asy-Syafie
: Sah dengan 40 orang beserta imam .
5)Ahmad
bin Hambal dan Umar bin Abdul Aziz : Sah dengan 40 orang beserta imam .
6)Ibnu
Hazam : Sah dengan orang perseorangan .
7)Abu
Yusuf dan Muhammad : Sah dengan dua orang beserta imam (kepala Negara)
8)Imam
An-Nasai : Sah dengan 2 orang seperti keadaan jamaah yang lain .
9)Iqramah
: Sah dengan 7 orang .
10)Rabia’ah
: Sah dengan 9 orang .
11)Rabi’ah
: (menurut satu riwayat yang lain) Sah dengan 12 orang .
12)Abu
Ishaq : Sah dengan 8 orang selain daripada imam .
13)Ahmad
bin Hambal dan Umar bin Abdul Aziz : Sah dengan 50 orang (menurut satu riwayat)
.
14)Al-Majari
: Sah dengan 80 orang .
15)Sah
dengan jamaah yang banyak dengan tidak menetapkan berapa bilangannya , demikian
menurut riwayat As-Sayuti , Ibnu Hazam dan Asy-Syaukani .
Kata
Al-Hafidz Ibnu Hajar , mudah-mudahan pendapat yang terakhir iniyang paling kuat
dari jurusan dalil .
Kata
Asy-Syaukani : Tidak ada alasan untuk mensyaratkan 80 , 30 , 9 , 7 , juga tidak
ada alasan untuk memandang sah dari berseorangan . Adapun mereka yang menaskan
dengan dua orang , maka dia mengambil dalil bahawa bilangan itu wajib ,
mengingat hadith : “Dua orang , maka lebih daripadanya adalah jamaah .”
Tidak
ada dalil yang menetapkan bilangan yang tertentu . telah sah jamaah dalam
solat-solat yang lain dengan dua orang , tidak ada beza antaranya Jumaat dengan
jamaah . Dan tidak ada nas yang menetapkan bahawa Jumaat itu tidak sah kalau
tidak sebanyak bilangan ini , atau sebanyak bilangan itu .
Adapun
mereka yang mensyaratkan 3 orang , maka mereka memandang bahawa bilangan itu
diperoleh terhadap makmum yang mendengar khutbah . Orang yang mensyaratkan
bilangan yang banyak dengan tidak menentukan bilangannya berpegang kepada
alasan bahawa Jumaat itu Syi’ar , dan Syi’ar itu tidak berhasil kalau bukan
dengan bilangan yang dapat mematahkan semangat musuh .
Abu
Hanifah dan sahabat-sahabatnya berpendapat bahawa Jumaat itu tidak didirikan
melainkan di kota-kota , tidak di desa-desa . Menurut pendapat Asy-Syafie ,
Jumaat itu didirikan di tempat-tempat perkampungan yang ada padanya 40 orang .
Golongan jamhur tidak pula mensyaratkan sah di dalam masjid .
KATA MUKTAMAD
Di
dalam masalah ini kita tidak memperoleh barang satu hadith pun yang sahih ,
yang mensyaratkan bilangan tertentu , sama ada dari Quran mahupun Sunnah Nabi
s.a.w. Kejadian yang terjadi seperti kejadian di waktu As’ad bin Zurarah yang
mendirikan Jumaat terdiri dari 40 orang adalah suatu ‘Waqi’atulhal .
Satu
kejadian yang kebetulan bukan ketentuan dan kepastian , tidak dapat dijadikan
dalil untuk memastikan bilangan 40 orang untuk syarat mengesahkan atau syarat
mewajibkannya . Oleh demikian yang
dipandang kuat ialah hasil jamaah sekurang-kurangnya dua orang , boleh
dikerjakan di mana-mana sahaja lantaran mengerjakan Jumaat itu wajib .
Berjamaah itu sunat , mengingat hadith :
“Dua
orang , maka yang lebih daripadanya adalah jamaah .”
Kata
Abdul Haq : tidak ada hadith yang sahih yang menentukan bilangan jamaah Jumaat
itu . Kata Al-Hafidz Ibnu Hajar : Telah datang beberapa hadith yang menunjukkan
boleh kurang daripada 40 orang . Kata Asy-Sayuti : Tidak ada hadith yang sahih
yang menentukan bilangan yang tertentu . Maka mengingat firman Allah s.w.t. :
“Maka
pergilah kamu kepada mengingati Allah .”