Anas memberitakan : Adalah Nabi s.a.w. mengerjakan
sembahyang Jumaat di ketika condong matahari .
(Riwayat
Ahmad , Bukhari , Abu Daud dan Tarmidzi)
Salamah Ibnu Aqwa’ memberitakan : Adalah kami
bersembahyang Jumaatbeserta Rasulullah s.a.w. apabila telah tergelincir
matahari kemudian kami kembali mencari bayangan .
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Jabir memberitakan : Bahawasanya Nabi s.a.w.
bersembahyang Jumaat , sesudah sembahyang barulah kami pergi kepada unta-unta
kami untuk membawanya ke tempat-tempat perlindungan di ketika tergelincir
matahari . (unta-unta yang digunakan buat penyiraman)
(Riwayat
Ahmad , Muslim dan An-Nasai)
Hadith pertama menyatakan , bahawa
Nabi selalu mengerjakan sembahyang Jumaat sesudah tergelincir matahari . Hadith
kedua menyatakan , bahawa mereka bersembahyang di awal waktu dan barulah
terdapat sedikit bayangan sesudah mereka bersembahyang . Ini memberi pengertian
bahawa sembahyang Jumaat itu dilakukan sebelum tergelincir matahari .
Hadith ketiga menyatakan , bahawa
Nabi mengerjakan sembahyang Jumaat sebelum tergelincir matahari . Para sahabat
pergi melindungi unta-unta mereka di kala tergelincir matahari .
PENDAPAT PARA FUQAHA
Kata Ibnu Qudamah : Disukai kita
mendirikan Jumaat sesudah tergelincir matahari , mengingat pada hadith Salamah
dan Anas . Juga untuk melepaskan diri dari perselisihan ulama . Seluruh ulama
bermuafakat bahawa waktu Jumaat itu sesudah tergelincir matahari . Mereka
berselisihan tentang disukai kita mengerjakan Jumaat sesudah tergelincir
matahari . Antara musim panas dan hujan , Nabi s.a.w. mengerjakan juga sesudah
tergelincir matahari .
Asy-Syafie berkata : Telah bersembahyang Nabi s.a.w. Abu Bakar , Umar dan Uthman dan sahabat-sahabat tiap-tiap Jumaat selepas tergelincir matahari . Mengingat hadith-hadith seperti Jabir dan Salamah yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan mengingat pula beberapa para sahabat pernah mengerjakan sebelum tergelincir matahari dengan tidak dibantah oleh sahabat-sahabat yang lain . Tentang hal mengerjakan di awal hari tidak dikerjakan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat .
KATA MUKTAMAD
Hadith yang berkenaan dengan hal
ini dikumpulkan , maka nyatalah bahawa Nabi s.a.w. pernah mengerjakan Jumaat
sedikit sebelum tergelincir matahari . Iaitu Nabi s.a.w. ada mengerjakan
sebelum tergelincir matahari . Hadith yang menyatakan Nabi bersembahyang
sesudah tergelincir matahari , tidak menyatakan ketiadaan boleh kita
mengerjakan sebelumnya . Golongan yang memestikan kita kerjakan Jumaat sesudah
tergelincir matahari adalah kerana menganggap bahawa Jumaat itu ganti Dzohor .
Dengan kita memerhatikan perbuatan Nabi , iaitu ada beliau mengerjakan Jumaat
sebelum tergelincir matahari dan kita perhatikan perbuatan sahabat bahawa
beliau-beliau itu adalah mengerjakan Jumaat di awal waktu , nyatalah Jumaat itu
bukan sekali-kali ganti Dzohor . Sahabat-sahabat itu ialah Abdullah bin Mas’ud
, Muawiyah , Jabir , Said bin Zaid dan Saad bin Abi Waqqas .
No comments:
Post a Comment