" Dan mereka orang-orang itu tidak diperintahkan melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan hati yang tulus ikhlas , agar cenderung mengerjakan agama keranaNya . Dan mereka mengerjakan sembahyang dan mengeluarkan zakat dan demikian itulah agama yang lurus "
(Surah Al-Bayyinah : 5)
Umar bin Al-Khattab r.a. memberitakan : Saya pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda , " Bahawasanya semua amal perbuatan itu dengan niat . Dan bahawa bagi tiap-tiap seseorang menurut apa yang ia niatkan . Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul , maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul . Dan barangsiapa hijrahnya kepada dunia yang ia ingin akan memperolehinya , atau kepada perempuan yang ia akan kahwini , maka hijrahnya itu kepada apa yang ia hijrahkan kepadanya ."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
ERTI NIAT :
Ertikata NIAT sepanjang bahasa adalah dari kata kerja yang ertinya sengaja , kehendak , cita-cita atau ketetapan di hati .
Ertikata NIAT sepanjang syariat , menurut sebagaimana yang biasa dikemukakan oleh kebanyakan ulama Syafieyah , ialah niat itu disengajakan atau bermaksud kepada sesuatu beserta dengan pekerjaannya .
Tentang tempat pelaksanaan niat sepanjang penjelasan para ulama Ahli Fiqih , terutama dari ulama yang bermazhab Syafie sendiri , di antara lain ialah :
Dan tempat niat itu di hati , jika ia berniat dengan hatinya , tidak
dengan lidahnya telah memadai dan dari segi sebahagian para sahabat kami
(ulama Syafieyah) ada yang berkata berniat dengan hati dan melafadzkan
dengan lidah itu tidaklah sesuatu dalam kebenaran , kerana niat itu ialah
kehendak dengan hati .
Di dalam kitab 'Al-Om' karangan Imam Asy-Syafie sendiri , tidaklah ada beliau berkata bahawa melafadzkan niat dengan lidah itu Sunnah atau 'Mustahab' atau 'Nadab' .
Para ulama Hanafiyah sebagaimana tersebut dalam kitab 'Al-Fiqu Allal-Mazahibil Arbaa' ' (Fiqih empat mazhab) berkata : Bahawasanya melafadzkan niat itu bid'ah , kerana tiada terbit dari Rasulullah s.a.w. dan tidak pula dari sahabat-sahabatnya .
PENDAPAT PARA FUQAHA
Para ulama Hanafiyah , Malikiyah , Hanbaliyah , berpendapat bahawa niat itu dilakukan sebelum pekerjaan dimulai .
Pendapat para ulama Syafieyah : Niat itu harus dilakukan beserta dengan pekerjaannya .
NIAT MENGERJAKAN IBADAT YANG TIDAK MENURUT SUNNAH
Oleh kerana niat itu termasuk satu ibadah kepada Allah yang sudah diatur selengkapnya oleh Rasulullah s.a.w. , haruslah diperhatikan oleh tiap-tiap orang Muslim . Sebagaimana sahabat Ibnu Mas'ud pernah berkata :
"Allah tidak akan menerima sesuatu perkataan melainkan dengan amal perbuatan dan Ia tidak akan menerima sesuatu perkataan dan perbuatan melainkan dengan niat . Dan Ia tidak akan menerima sesuatu perkataan amalan dan niat melainkan dengan apa yang disetujui dengan Kitab dan Sunnah (Al-Quran dan Hadis )"
Sebagaimana Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
" Barangsiapa mengamalkan sesuatu pekerjaan yang tidak kami kerjakan , maka amalan itu tertolak. "
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Aisyah)
Tegasnya : Tempat niat itu di hati .

No comments:
Post a Comment